Sunday, January 24, 2010

MERENTAS DESA 2010

TARIKH : 23 Januari 2010
HARI : Sabtu
MASA : 8.00 pagi - 11.30 pagi

TEMPAT : Sekitar Taman Melawis, Klang

OBJEKTIF:

  • Mencari wakil pelajar untuk Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah Klang Tahun 2010.
  • Mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar.
  • Melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mental.


GAMBAR AKTIVITI MERENTAS DESA

Cikgu Azrul mengarahkan semua pelajar untuk masuk ke padang sekolah untuk membuat regangan.


Guru yang mengetuai aktiviti regangan.
Dari kiri Cikgu Najib Masad, Cikgu Hafizul dan Cikgu Azizi.
Tiada dalam gambar, Cikgu Najib Ani.


Senaman regangan tengkuk.


Pelajar menarik dan menghembus nafas.


Cikgu Ezahnita, Cikgu Susan dan Ustazah Sa'adiah turut tidak ketinggalan membuat regangan kaki.


Cikgu Azrul (berbaju merah), Cikgu Hisyam (atas motorsikal) dan Cikgu Najib bersiap sedia untuk menjalankan tugas masing-masing.


Puan Yeoh Mee Ee, Guru Besar SK Methodist (ACS) Klang memegang bendera untuk melepaskan semua peserta merentas desa.


Peserta merentas desa berlari keluar dari kawasan sekolah dan mengikut laluan yang telah ditentukan.


Adik Mustafa (kanan), juara aktiviti merentas desa tahun 2010 peringkat sekolah dan melayakkannya menjadi wakil sekolah untuk acara merentas desa peringkat daerah tahun 2010.


Cikgu Yazid, tidak ketinggalan bergaya di atas motorsikalnya semasa menunggu di "chek point".


Tugas konduktor senaman, Cikgu Hafizul bukan sahaja di atas pentas, tetapi turut bertugas di atas motorsikal memastikan keselamatan pelajar.



Pak Abu, pengawal sekolah turut tidak ketinggalan menjaga pelajar sewaktu acara merentas desa dijalankan.


Puan Yeoh Mee Ee, Guru Besar SK Methodist (ACS) Klang menunggu ketibaan pelajar manakala Cikgu Rasidah yang menaiki basikal telah siap menjalankan tugasnya di "chek point" yang telah ditentukan.


Puan Yeoh Mee Ee, Guru Besar SK Methodist (ACS) Klang, menyerahkan medal dan piala kemenangan kepada aAdik Mustafa Il-Balqis, pemenang acara merentas desa peringkat sekolah.


Petugas dari pasukan Palang Merah Cabang Klang penuh dedikasi menjalankan tugas.

No comments:

Post a Comment