PENGENALAN – SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah Methodist (ACS) telah diwujudkan pada tahun 1973 dan memulakan operasinya pada tahun yang sama. Sebelum ini Pusat Sumber Sekolah dikenali sebagai Khutub Khanah dan kemudiannya ditukar kepada Perpustakaan Sekolah. Pada 1 Mac 1983, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah kerana istilah Pusat Sumber Sekolah dapat memberikan gambaran yang lebih tepat untuk digunakan.
Pusat Sumber Sekolah Methodist (ACS) terdiri daripada sebuah Bilik Perpustakaan, Sebuah Bilik Tayangan dan sebuah kontena yang dibahagi dua yang digunakan sebagai Bilik Bahan Bantu Mengajar/Belajar dan Bilik Rawatan. Sebelum ini, Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS) tidak mempunyai Bilik Bahan Bantu Belajar/Mengajar dan kebanyakkan Alat Bantu Mengajar diletakkan di bilik-bilik khas seperti Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Seni, Makmal Sains dan Bilik Tayangan.  Pada tahun 2004 dengan bantuan PIBG, Pihak Pengurusan Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS) telah membeli sebuah kontena untuk menempatkan Bahan Bantu Mengajar dan Bilik Rawatan seterusnya menjadi Bilik BBB/BBM. Pada hujung tahun 2006, pihak pentadbiran sekolah telah menambah sebuah lagi kontena yang digunakan sepenuhnya sebagai bilik untuk menempatkan Bahan Bantu Mengajar/Belajar.
Lokasi Pusat Sumber/Perpustakaan Sekolah terletak di tingkat satu bangunan blok A. Ianya merangkumi sebuah bilik utama yang berukuran lebih kurang 3 ‘bay’. Bilik Tayangan pula terletak di aras bawah di blok yang sama dan berukuran  3 ‘bay’ manakala Bilik Bahan Bantu Mengajar/Belajar pula terletak di belakang Bilik Guru yang terdiri daripada dua buah kontena.
Kini PSS SK Methodist (ACS) Klang, memainkan peranan penting dalam pembangunan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dan prasarana kepada semua penggunanya iaitu para pelajar, guru-guru dan staf sokongan sekolah.