Saturday, August 6, 2011

MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJAH WAN JORIAH BINTI WAN YAACOB (GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM)

TARIKH : 5 OGOS 2011
HARI : Jumaat

MASA : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

TEMPAT : Tapak Perhimpunan


OBJEKTIF
  • Sebagai sambutan penghargaan kepada Puan Hajah Wan Joriah binti Wan Yaacob kerana sumbangan, jasa dan khidmat baktinya selama 25 tahun di sekolah ini.
  • Mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan para guru sekolah.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Cikgu Najib dan Cikgu Yazid mengiringi ketibaan Yang Diraikan
Pn. Hjh. Wan Joriah bt. Wan Yaacob di hadapan pintu sekolah.


Ketibaan Pn. Hjh. Wan Joriah. disambut oleh Pn. Yeoh Mee Ee,
Guru Besar SK Methodist (ACS) Klang.


En. Ayob Munade (Penyelia Petang SK Sg. Udang) dan
En. Ahmad Murad b. M. Thani turut menyambut kedatangan
Pn. Hjh. Wan Joriah.


Pn. Hjh. Wan Joriah bergambar kenangan dengan Pn. Yeoh Mee Ee,
En. Ahmad Murad dan En. Ayob Munade.


Majlis dimulakan dengan persembahan silat daripada adik Arif Najmi.


Kata-kata terakhir Pn. Hjh Wan Joriah kepada semua warga sekolah.


Cikgu Hafizul, wakil guru turut membacakan puisi yang ditujukan khas
kepada Pn. Hjh. Wan Joriah.


Murid-murid juga tidak ketinggalan membuat persembahan sempena majlis ini.


Cikgu Norhasmida, Cikgu Siti Azura dan Cikgu Rasidah berkesempatan
menyerahkan sendiri hadiah kepada Pn. Hjh. Wan Joriah.


En. Othman b. Abu, Pengerusi PIBG turut menyerahkan hadiah
kepada Pn. Hjh. Wan Joriah.


Pn. Hjh. Wan Joriah sewaktu log terakhir kehadirannya di dalam sistem
kehadiran berkomputer yang diguna pakai di sekolah dengan
disaksikan oleh pihak pentadbir sekolah dan pengerusi PIBG.


Jambangan bunga diserahkan kepada Pn. Hjh. Wan Joriah
oleh Pn. Yeoh Mee Ee.


Bunga manggar turut disediakan untuk menyerikan lagi
Majlis Persaraan Pn. Hjh. Wan Joriah.

Pn. Yeoh Mee Ee, mengiringi Pn. Hjh Wan Joriah untuk
bersalam-salaman dengan warga sekolah.


Murid-murid mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman
dengan Pn. Hjh. Wan Joriah.


Kakitangan bukan guru turut serta dalam majlis ini.


Guru-guru dan murid-murid melambai kepada Pn. Hjh. Wan Joriah.


Lambaian terakhir Pn. Hjh. Wan Joriah kepada semua warga sekolah.

No comments:

Post a Comment