Tuesday, February 9, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR TAHUN 1

TARIKH : 8 Februari 2010 & 9 Februari 2010
HARI : Isnin & Selasa
MASA : 2.00 petang - 4.30 petang

TEMPAT : Bilik Tayangan/Bilik Muzik


OBJEKTIF :
  • Memeriksa kesihatan para pelajar yang menjadi rutin pada setiap tahun.
  • Memastikan semua pelajar berada dalam keadaan yang sihat dan baik.
  • Memastikan semua pelajar telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapat suntikan yang sepatutnya.

GAMBAR-GAMBAR PEMERIKSAAN KESIHATAN

Pelajar diberikan taklimat di luar Bilik Tayangan/Bilik Muzik sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan.


Semua pelajar beratur dengan tenang sewaktu menunggu giliran.


Doktor yang bertugas sedang menjalankan pemeriksaan fizikal kepada seorang pelajar.


Ubat diberikan kepada pelajar melalui titisan ke dalam mulut.


Suntikan sedang diberikan kepada pelajar oleh salah seorang jururawat yang bertugas.


Antara peralatan yang digunakan semasa pemeriksaan kesihatan pelajar.


Gelagat salah seorang pelajar yang takut apabila mengetahui akan disuntik dengan jarum.


Antara pelajar yang takut kepada suntikan. Tahniah kepada Cikgu Hafizul kerana berjaya memujuk semua pelajar untuk menerima suntikan.


Dari kiri, Cikgu Zuwana, Cikgu Siti Khawa, Cikgu Hafizul dan Puan Rosita, Penyelia Petang SK Methodist (ACS) Klang berbincang dengan jururawat yang bertugas mengenai buku kesihatan beberapa orang pelajar yang masih tidak lengkap butirannya.

PERTANDINGAN BERCERITA SIRAH NABI & MAJLIS TILAWAH AL-QURAN

TARIKH : 8 Februari 2010
HARI : Isnin
MASA : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari

TEMPAT : Dewan Sekolah


OBJEKTIF :
  • Mencungkil bakat para pelajar yang beragama Islam dalam pertandingan bercerita.
  • Mendedahkan kepada semua pelajar Islam mengenai aktiviti tilawah Al-Quran.
  • Mendedahkan kepada pelajar mengenai aktiviti Panitia Agama Islam pada setiap tahun.
  • Mewujudkan pelajar yang berilmu, berpengetahuan dan dapat mengamalkan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Semua pelajar beragama Islam bersama-sama menjayakan aktiviti ini.


Ustaz Meor Asri, Ketua Panitia Agama Islam sedang memberikan taklimat kepada semua pelajar.


Antara juri yang terlibat dalam penilaian pertandingan bercerita. Dari kanan, Cikgu Rasidah, Cikgu Siti Azura dan Cikgu Yazid.


Adik Abu Ubaida, bercerita mengenai sirah nabi.

Sebilangan pelajar seronok dan tekun mendengar cerita yang disampaikan oleh para peserta.


Antara peserta yang terlibat di dalam majlis tilawah Al-Quran.


Ustaz Meor Asri juga bertugas sebagai penjaga masa.


Adik Alif Akram juga tidak ketinggalan mengikuti pertandingan bercerita.