Tuesday, February 9, 2010

PERTANDINGAN BERCERITA SIRAH NABI & MAJLIS TILAWAH AL-QURAN

TARIKH : 8 Februari 2010
HARI : Isnin
MASA : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari

TEMPAT : Dewan Sekolah


OBJEKTIF :
  • Mencungkil bakat para pelajar yang beragama Islam dalam pertandingan bercerita.
  • Mendedahkan kepada semua pelajar Islam mengenai aktiviti tilawah Al-Quran.
  • Mendedahkan kepada pelajar mengenai aktiviti Panitia Agama Islam pada setiap tahun.
  • Mewujudkan pelajar yang berilmu, berpengetahuan dan dapat mengamalkan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Semua pelajar beragama Islam bersama-sama menjayakan aktiviti ini.


Ustaz Meor Asri, Ketua Panitia Agama Islam sedang memberikan taklimat kepada semua pelajar.


Antara juri yang terlibat dalam penilaian pertandingan bercerita. Dari kanan, Cikgu Rasidah, Cikgu Siti Azura dan Cikgu Yazid.


Adik Abu Ubaida, bercerita mengenai sirah nabi.

Sebilangan pelajar seronok dan tekun mendengar cerita yang disampaikan oleh para peserta.


Antara peserta yang terlibat di dalam majlis tilawah Al-Quran.


Ustaz Meor Asri juga bertugas sebagai penjaga masa.


Adik Alif Akram juga tidak ketinggalan mengikuti pertandingan bercerita.

No comments:

Post a Comment