Friday, August 19, 2011

PELANCARAN PROGRAM TITIAN KASIH


TARIKH : 19 OGOS 2011
HARI : Jumaat

MASA : 7.30 pagi
TEMPAT : Tapak Perhimpunan


OBJEKTIF
  • Meningkatkan prestasi dan memaksimumkan petensi murid dalam penguasaan subjek Matematik dan Sains.
  • Memberi harapan kepada murid untuk lulus dalam peperiksaan UPSR.

TEMPOH PERLAKSANAAN
  • 22 Ogos 2011 hingga 9 September 2011 (3 minggu).

SASARAN
  • Murid "Halus (harapan lulus) Matematik dan Sains" dipilih berdasarkan pencapaian dalam Peperiksaan Percubaan UPSR bulan Julai 2011.
  • Seramai 22 orang murid terlibat di dalam program ini.

PENYELARAS PROGRAM
  • Pn. Ezahnita bt Ilias (Ketua Panitia Matematik)
  • En. Mohammad Najib b. Che Ani (Ketua Panitia Sains)

PENYEDIAAN BAHAN
  • Pn. Susan a/p R. Francis

GURU PEMBIMBING MATEMATIK
  • Pn. Yeoh Mee Ee (Guru Besar)
  • En. Mohd Zafli b. Mohd Zainon
  • Pn. Sa'adiah bt Harun
  • Pn. Ch'ng Li Lee
  • Cik Farah Liyana bt Ramli

GURU PEMBIMBING SAINS
  • En. Mohd Kamarul Nizam b. Jeffrah
  • En. Ahmad Farid b. Hashim

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI



Cikgu Najib, memanggil nama murid-murid yang terlibat di dalam program ini.


Murid-murid Tahun 6 bersedia untuk menunggu arahan seterusnya
daripada Cikgu Najib.


Pn. Yeoh Mee Ee, memberikan taklimat kepada semua murid
yang terlibat di dalam Program Titian Kasih.


Mr. Tan Liong An, turut mengikuti perkembangan program ini.


Setiap murid diagihkan kepada guru angkat masing-masing.


Murid-murid tekun mendengar taklimat
yang disampaikan oleh Guru Besar.


Pn. Yeoh Mee Ee, Guru Besar SK Methodist (ACS)
bergambar dengan semua murid yang terlibat.


Semua guru dan murid yang terlibat bergambar kenangan
di tapak perhimpunan.


Pn. Yeoh Mee Ee, bergambar dengan murid-murid beliau.


Cikgu Ahmad Farid bersama tiga orang murid beliau.


Cikgu Zafli akan memastikan semua murid beliau berjaya
di dalam peperiksaan UPSR nanti.


Ustazah Sa'adiah juga komited dalam melahirkan
murid yang berjaya di dalam peperiksaan.


Cikgu Farah turut serta membantu dalam program ini.


Cikgu Kamarul bersama anak murid beliau.

Saturday, August 6, 2011

MAJLIS PERSARAAN PUAN HAJAH WAN JORIAH BINTI WAN YAACOB (GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM)

TARIKH : 5 OGOS 2011
HARI : Jumaat

MASA : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

TEMPAT : Tapak Perhimpunan


OBJEKTIF
  • Sebagai sambutan penghargaan kepada Puan Hajah Wan Joriah binti Wan Yaacob kerana sumbangan, jasa dan khidmat baktinya selama 25 tahun di sekolah ini.
  • Mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan para guru sekolah.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Cikgu Najib dan Cikgu Yazid mengiringi ketibaan Yang Diraikan
Pn. Hjh. Wan Joriah bt. Wan Yaacob di hadapan pintu sekolah.


Ketibaan Pn. Hjh. Wan Joriah. disambut oleh Pn. Yeoh Mee Ee,
Guru Besar SK Methodist (ACS) Klang.


En. Ayob Munade (Penyelia Petang SK Sg. Udang) dan
En. Ahmad Murad b. M. Thani turut menyambut kedatangan
Pn. Hjh. Wan Joriah.


Pn. Hjh. Wan Joriah bergambar kenangan dengan Pn. Yeoh Mee Ee,
En. Ahmad Murad dan En. Ayob Munade.


Majlis dimulakan dengan persembahan silat daripada adik Arif Najmi.


Kata-kata terakhir Pn. Hjh Wan Joriah kepada semua warga sekolah.


Cikgu Hafizul, wakil guru turut membacakan puisi yang ditujukan khas
kepada Pn. Hjh. Wan Joriah.


Murid-murid juga tidak ketinggalan membuat persembahan sempena majlis ini.


Cikgu Norhasmida, Cikgu Siti Azura dan Cikgu Rasidah berkesempatan
menyerahkan sendiri hadiah kepada Pn. Hjh. Wan Joriah.


En. Othman b. Abu, Pengerusi PIBG turut menyerahkan hadiah
kepada Pn. Hjh. Wan Joriah.


Pn. Hjh. Wan Joriah sewaktu log terakhir kehadirannya di dalam sistem
kehadiran berkomputer yang diguna pakai di sekolah dengan
disaksikan oleh pihak pentadbir sekolah dan pengerusi PIBG.


Jambangan bunga diserahkan kepada Pn. Hjh. Wan Joriah
oleh Pn. Yeoh Mee Ee.


Bunga manggar turut disediakan untuk menyerikan lagi
Majlis Persaraan Pn. Hjh. Wan Joriah.

Pn. Yeoh Mee Ee, mengiringi Pn. Hjh Wan Joriah untuk
bersalam-salaman dengan warga sekolah.


Murid-murid mengambil kesempatan untuk bersalam-salaman
dengan Pn. Hjh. Wan Joriah.


Kakitangan bukan guru turut serta dalam majlis ini.


Guru-guru dan murid-murid melambai kepada Pn. Hjh. Wan Joriah.


Lambaian terakhir Pn. Hjh. Wan Joriah kepada semua warga sekolah.

Monday, August 1, 2011

TADARUS AL-QURAN

TARIKH : 1 OGOS 2011 hingga 24 OGOS 2011
HARI : Isnin - Jumaat

MASA : 9.25 pagi - 9.45 pagi

TEMPAT : Bilik-Bilik Khas

OBJEKTIF
  • Melatih murid-murid beragama Islam agar sentiasa mendampingi Al-Quran.
  • Mengisi masa murid-murid beragama Islam dengan aktiviti yang berfaedah.
  • Membantu murid-murid menyemak, memperbetulkan bacaan, dan memahami isi Al-Quran.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


Murid-murid tekun membaca Al-Quran di Bilik Agama.


Murid membaca Al-Quran secara berkumpulan.


Ustazah Sa'adiah memantau dan mendengar bacaan
daripada murid-murid Tahun 6.


Murid-murid memperdengarkan bacaan kepada rakan masing-masing.


Kumpulan murid-murid di bawah kelolaan Cikgu Norhasmida.


Kumpulan murid-murid di bawah kelolaan Cikgu Siti Azura.


Cikgu Rashida bersama kumpulan murid-muridnya.


Kumpulan murid-murid di bawah kelolaan Cikgu Jamilah.


Adik Aniq dan adik Najwan membaca Al-Quran bersama-sama.


Cikgu Salasiah tekun mendengar bacaan daripada adik Najwan.