Saturday, May 22, 2010

SAMBUTAN HARI GURU

TARIKH : 21 Mei 2010
HARI : Jumaat
MASA : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari

TEMPAT : Tapak Perhimpunan

OBJEKTIF

  • Sebagai sambutan penghargaan kepada semua warga guru ACS.
  • Pencetus semangat kepada guru untuk menghasilkan kerja yang bermutu dan terbaik di masa hadapan.
  • Mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan para guru sekolah.
  • Mewujudkan murid yang kreatif melalui pertandingan merekacipta kad ucapan sempena hari guru tahun 2010.


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


Pn. Yeoh Mee Ee semasa ucapan perasmian Sambutan Hari Guru untuk guru-guru sesi petang.


Bacaan ikrar guru diketuai oleh Cikgu Suthagar.


Cikgu Hafizul menyediakan alatan yang digunakan untuk sesi permainan.


Sambutan hari guru sesi petang disulami dengan permainan yang disertai oleh guru besar.


Ucapan "Thank You Teacher" oleh murid-murid ACS tahap 1.


Pertandingan membuat pakaian tradisional daripada surat khabar lama.


Guru-guru tahun 1 yang kreatif dalam membuat pakaian tradisional daripada bahan terbuang.


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 21 Mei 2010 di tapak perhimpunan disertai oleh semua guru.


Persembahan oleh pelajar tahun 4 yang menyanyikan lagu Guruku Tersayang.


Aktiviti permainan baling belon yang berisi air. Murid-murid turut menyertai aktiviti ini.


Saban tahun, perlawanan bola sepak antara guru dan pelajar diadakan sewaktu sambutan hari guru.


Pusat Sumber Sekolah juga tidak ketinggalan menganjurkan pertandingan merekecipta kad ucapan sempena hari guru Tahun 2010.


Selesai aktiviti di tapak perhimpunan, guru-guru menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disediakan khas sempena sambutan hari guru peringkat sekolah.

Sunday, May 16, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA

TARIKH : 15 Mei 2010
HARI : Sabtu
MASA : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

TEMPAT : Sekitar Kawasan Sekolah

OBJEKTIF

  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.
  • Menanam semangat cintakan kebersihan dalam kalangan warga sekolah terutamanya kepada para pelajar.
  • Mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru dalam membudayakan kebersihan sepanjang hayat.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


Peralatan yang digunakan semasa aktiviti gotong royong perdana.


Cikgu Susan menunjukkan demonstrasi menggunkan penyapu lidi.


Para pelajar, ibu bapa dan guru mengambil peluang bergambar kenangan sebelum aktiviti gotong royong perdana di padang sekolah.


En. Tan Liong An dan Puan Rosita bersedia untuk menjalankan aktiviti gotong royong di sekolah.


Cikgu Azrul turut membantu membersihkan kawasan padang sekolah.


Ustazah Sa'adiah sempat bergaya sebelum menjalankan tugas yang telah diagih-agihkan.


Cikgu Siti Azura turut membantu mengemas kelas dibantu oleh murid-murid Tahun 5 Harmoni.


Beberapa orang pelajar tahun 5 Bestari sempat bergurau semasa menjalankan tugas.


Para pelajar masih boleh tersenyum walaupun penat menjalankan tugas yang diarahkan.


Penggunaan tong sampah banyak membantu dalam menyelesaikan masalah sampah di sekolah ini.


Cikgu Ahmad Farid mengambil kesempatan membalut meja guru dengan kain pembalut dan dibantu oleh murid-murid beliau.


Jasa dan khidmat bakti Pak Abu bukan sahaja menjaga keselamatan di kawasan sekolah, malah turut membantu mengemas dan membersihkan bilik guru.


En. Tan Liong An dan Pak Ibrahim menunjukkan air mineral yang ditaja oleh PIBG sekolah.


Syabas dan tahniah kepada para pelajar, ibu bapa dan guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti gotong royong perdana di sekolah ACS.

Sunday, April 25, 2010

TEMASYA SUKAN SEKOLAH

TARIKH : 24 April 2010
HARI : Sabtu
MASA : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

TEMPAT : Padang Sultan Sulaiman

OBJEKTIF
  • Sebagai tempat beradu kekuatan dangan cara yang betul dan sihat.
  • Mewujudkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Mewujudkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar sekolah.
  • Mewujudkan warga sekolah yang cemerlang dalam aktiviti kesukanan.

GAMBAR-GAMBAR TEMASYA SUKAN

Cikgu Kamarul sedang membuat persiapan untuk peserta perbarisan rumah Merah.


Orang kuat yang membantu menjayakan temasya sukan tahunan sekolah. Cikgu Azrul, Cikgu Najib dan Cikgu Zafli.


En. Tan Liong An dan Cikgu Najib mengangkat peralatan yang akan digunakan semasa sukan sekolah.


Temasya sukan tahunan sekolah dimulakan dengan lintasan hormat oleh rumah Biru.


Rumah Kuning dengan maskot lebahnya.


Rumah Merah dengan maskot ayam membuat persembahan yang amat menarik perhatian.


Rumah Hijau tidak kurang hebatnya dengan maskotnya Ninja Turtle.


Ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) diberikan tanggungjawab untuk menaikkan bendera kejohanan.


Adik Aiman Fikri mengetuai bacaan Ikrar Kejohanan disertai oleh semua peserta perbarisan.


Puan Yeoh Mee Ee, Guru Besar dan En. Husaini YDP PIBG berdiri semasa acara lintas hormat.


Acara larian yang diadakan di Padang Sultan Sulaiman, Klang.


Kamilah JUARA ACS.


Acara tarik tali.


Pasukan rumah Merah bersedia untuk bertanding untuk acara guru.


Para guru sedang mendengar arahan yang diberikan.


Acara guru yang dipertandingkan, Cikgu Azzizi bersemangat semasa menjalankan aktiviti tersebut.


Puan Rozita, Penyelia Petang tidak ketinggalan mengikuti acara guru.


Pasukan Pengakap johan acara perbarisan kategori unit beruniform.


Rumah Merah, johan acara perbarisan kategori rumah sukan.


Rumah Kuning, johan keseluruhan temasya sukan tahunan sekolah.


Maskot rumah Merah beserta guru rumah sukan Merah.

Thursday, April 22, 2010

SUKANEKA

TARIKH : 21 April 2010
HARI : Rabu
MASA : 3.30 petang - 5.30 petang

TEMPAT : Padang Sekolah

OBJEKTIF
  • Sebagai tempat beradu kekuatan dangan cara yang betul dan sihat.
  • Mewujudkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Mewujudkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar sekolah.
  • Mewujudkan warga sekolah yang cemerlang dalam aktiviti kesukanan.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti membawa bola menggunakan kayu hoki.


Gelagat pelajar sewaktu pertandingan sukaneka.


Pelajar bersedia menunggu giliran untuk aktiviti sukaneka.


Aktiviti yang dijalankan dapat mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar.


Cikgu Siti Khawa, bertugas menguruskan peserta mengikut rumah sukan.


Cikgu Suthagar juga tidak ketinggalan mengambil peluang bergambar bersama pelajar.


Guru pagi iaitu Cikgu Azzizi, Cikgu Zafli dan Cikgu Najib juga turut hadir memeriahkan sukaneka sekolah.


Pelajar tahun dua menunggu arahan daripada pengadil pertandingan.


Pelajar sekolah bertungkus lumus menjalani acara sukaneka yang dipertandingkan.


Ibu bapa juga turut hadir memeriahkan lagi sukaneka sekolah.


Puan Rosita, Penyelia Petang menyerahkan medal kemenangan kepada pelajar mengikut rumah sukan.


En. Tan Liong An, Guru Penolong Kanan Kokurikulum turut menyerahkan medal kemenangan kepada peserta sukaneka.


Puan Yeoh Mee Ee, Guru Besar menyampaikan medal kepada pelajar yang telah memenangi acara sukaneka.