Thursday, April 22, 2010

SUKANEKA

TARIKH : 21 April 2010
HARI : Rabu
MASA : 3.30 petang - 5.30 petang

TEMPAT : Padang Sekolah

OBJEKTIF
  • Sebagai tempat beradu kekuatan dangan cara yang betul dan sihat.
  • Mewujudkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Mewujudkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar sekolah.
  • Mewujudkan warga sekolah yang cemerlang dalam aktiviti kesukanan.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti membawa bola menggunakan kayu hoki.


Gelagat pelajar sewaktu pertandingan sukaneka.


Pelajar bersedia menunggu giliran untuk aktiviti sukaneka.


Aktiviti yang dijalankan dapat mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar.


Cikgu Siti Khawa, bertugas menguruskan peserta mengikut rumah sukan.


Cikgu Suthagar juga tidak ketinggalan mengambil peluang bergambar bersama pelajar.


Guru pagi iaitu Cikgu Azzizi, Cikgu Zafli dan Cikgu Najib juga turut hadir memeriahkan sukaneka sekolah.


Pelajar tahun dua menunggu arahan daripada pengadil pertandingan.


Pelajar sekolah bertungkus lumus menjalani acara sukaneka yang dipertandingkan.


Ibu bapa juga turut hadir memeriahkan lagi sukaneka sekolah.


Puan Rosita, Penyelia Petang menyerahkan medal kemenangan kepada pelajar mengikut rumah sukan.


En. Tan Liong An, Guru Penolong Kanan Kokurikulum turut menyerahkan medal kemenangan kepada peserta sukaneka.


Puan Yeoh Mee Ee, Guru Besar menyampaikan medal kepada pelajar yang telah memenangi acara sukaneka.

No comments:

Post a Comment