Tuesday, April 6, 2010

PROGRAM 3K - KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN

TARIKH : 5 April 2010 - 7 April 2010
HARI : Isnin - Rabu
MASA : 8.55 pagi - 9.25 pagi
(Sesi pagi) 2.00 petang - 3.00 petang (Sesi petang)
TEMPAT : Kantin Sekolah

OBJEKTIF
  • Membudayakan semangat mencintai kebersihan dalam kalangan pelajar.
  • Memastikan persekitaran sekolah bersih dan selamat.
  • Menanam sikap sayangi diri, rakan dan sekolah.
  • Melahirkan warga sekolah yang bersih dari segi fizikal dan mental.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Cikgu Hisyam memberikan taklimat kepada semua pelajar sesi petang.


Tunjuk cara oleh beberapa orang pelajar langkah mencuci tangan dengan betul.


Puan Rosita, Penyelia Petang turut serta mendengar taklimat yang disampaikan.


Semua pelajar yang terlibat sentiasa tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Hisyam.


Guru Tahun 1 yang sentiasa menyokong perlaksaaan aktiviti yang dijalankan disekolah. Kelihatan Puan Yeoh Mee Ee, Guru Besar turut mendengar taklimat daripada Cikgu Hisyam.


Pelajar diberi peluang mencuci tangan dengan langkah yang telah ditunjukkan.


Cikgu Hisyam memantau pelajar sewaktu mencuci tangan.


Puan Celine, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula memberikan taklimat bagaimana mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian kepada pelajar sesi pagi.


Sebilangan pelajar sesi pagi yang mengikuti taklimat daripada Puan Celine.


Wajah-wajah ceria pelajar yang sentiasa mengamalkan kebersihan.

No comments:

Post a Comment