Saturday, May 22, 2010

SAMBUTAN HARI GURU

TARIKH : 21 Mei 2010
HARI : Jumaat
MASA : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari

TEMPAT : Tapak Perhimpunan

OBJEKTIF

  • Sebagai sambutan penghargaan kepada semua warga guru ACS.
  • Pencetus semangat kepada guru untuk menghasilkan kerja yang bermutu dan terbaik di masa hadapan.
  • Mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan para guru sekolah.
  • Mewujudkan murid yang kreatif melalui pertandingan merekacipta kad ucapan sempena hari guru tahun 2010.


GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


Pn. Yeoh Mee Ee semasa ucapan perasmian Sambutan Hari Guru untuk guru-guru sesi petang.


Bacaan ikrar guru diketuai oleh Cikgu Suthagar.


Cikgu Hafizul menyediakan alatan yang digunakan untuk sesi permainan.


Sambutan hari guru sesi petang disulami dengan permainan yang disertai oleh guru besar.


Ucapan "Thank You Teacher" oleh murid-murid ACS tahap 1.


Pertandingan membuat pakaian tradisional daripada surat khabar lama.


Guru-guru tahun 1 yang kreatif dalam membuat pakaian tradisional daripada bahan terbuang.


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 21 Mei 2010 di tapak perhimpunan disertai oleh semua guru.


Persembahan oleh pelajar tahun 4 yang menyanyikan lagu Guruku Tersayang.


Aktiviti permainan baling belon yang berisi air. Murid-murid turut menyertai aktiviti ini.


Saban tahun, perlawanan bola sepak antara guru dan pelajar diadakan sewaktu sambutan hari guru.


Pusat Sumber Sekolah juga tidak ketinggalan menganjurkan pertandingan merekecipta kad ucapan sempena hari guru Tahun 2010.


Selesai aktiviti di tapak perhimpunan, guru-guru menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disediakan khas sempena sambutan hari guru peringkat sekolah.

No comments:

Post a Comment