Sunday, May 16, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA

TARIKH : 15 Mei 2010
HARI : Sabtu
MASA : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

TEMPAT : Sekitar Kawasan Sekolah

OBJEKTIF

  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.
  • Menanam semangat cintakan kebersihan dalam kalangan warga sekolah terutamanya kepada para pelajar.
  • Mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru dalam membudayakan kebersihan sepanjang hayat.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


Peralatan yang digunakan semasa aktiviti gotong royong perdana.


Cikgu Susan menunjukkan demonstrasi menggunkan penyapu lidi.


Para pelajar, ibu bapa dan guru mengambil peluang bergambar kenangan sebelum aktiviti gotong royong perdana di padang sekolah.


En. Tan Liong An dan Puan Rosita bersedia untuk menjalankan aktiviti gotong royong di sekolah.


Cikgu Azrul turut membantu membersihkan kawasan padang sekolah.


Ustazah Sa'adiah sempat bergaya sebelum menjalankan tugas yang telah diagih-agihkan.


Cikgu Siti Azura turut membantu mengemas kelas dibantu oleh murid-murid Tahun 5 Harmoni.


Beberapa orang pelajar tahun 5 Bestari sempat bergurau semasa menjalankan tugas.


Para pelajar masih boleh tersenyum walaupun penat menjalankan tugas yang diarahkan.


Penggunaan tong sampah banyak membantu dalam menyelesaikan masalah sampah di sekolah ini.


Cikgu Ahmad Farid mengambil kesempatan membalut meja guru dengan kain pembalut dan dibantu oleh murid-murid beliau.


Jasa dan khidmat bakti Pak Abu bukan sahaja menjaga keselamatan di kawasan sekolah, malah turut membantu mengemas dan membersihkan bilik guru.


En. Tan Liong An dan Pak Ibrahim menunjukkan air mineral yang ditaja oleh PIBG sekolah.


Syabas dan tahniah kepada para pelajar, ibu bapa dan guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti gotong royong perdana di sekolah ACS.

No comments:

Post a Comment