Sunday, April 25, 2010

TEMASYA SUKAN SEKOLAH

TARIKH : 24 April 2010
HARI : Sabtu
MASA : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

TEMPAT : Padang Sultan Sulaiman

OBJEKTIF
  • Sebagai tempat beradu kekuatan dangan cara yang betul dan sihat.
  • Mewujudkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Mewujudkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar sekolah.
  • Mewujudkan warga sekolah yang cemerlang dalam aktiviti kesukanan.

GAMBAR-GAMBAR TEMASYA SUKAN

Cikgu Kamarul sedang membuat persiapan untuk peserta perbarisan rumah Merah.


Orang kuat yang membantu menjayakan temasya sukan tahunan sekolah. Cikgu Azrul, Cikgu Najib dan Cikgu Zafli.


En. Tan Liong An dan Cikgu Najib mengangkat peralatan yang akan digunakan semasa sukan sekolah.


Temasya sukan tahunan sekolah dimulakan dengan lintasan hormat oleh rumah Biru.


Rumah Kuning dengan maskot lebahnya.


Rumah Merah dengan maskot ayam membuat persembahan yang amat menarik perhatian.


Rumah Hijau tidak kurang hebatnya dengan maskotnya Ninja Turtle.


Ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) diberikan tanggungjawab untuk menaikkan bendera kejohanan.


Adik Aiman Fikri mengetuai bacaan Ikrar Kejohanan disertai oleh semua peserta perbarisan.


Puan Yeoh Mee Ee, Guru Besar dan En. Husaini YDP PIBG berdiri semasa acara lintas hormat.


Acara larian yang diadakan di Padang Sultan Sulaiman, Klang.


Kamilah JUARA ACS.


Acara tarik tali.


Pasukan rumah Merah bersedia untuk bertanding untuk acara guru.


Para guru sedang mendengar arahan yang diberikan.


Acara guru yang dipertandingkan, Cikgu Azzizi bersemangat semasa menjalankan aktiviti tersebut.


Puan Rozita, Penyelia Petang tidak ketinggalan mengikuti acara guru.


Pasukan Pengakap johan acara perbarisan kategori unit beruniform.


Rumah Merah, johan acara perbarisan kategori rumah sukan.


Rumah Kuning, johan keseluruhan temasya sukan tahunan sekolah.


Maskot rumah Merah beserta guru rumah sukan Merah.

Thursday, April 22, 2010

SUKANEKA

TARIKH : 21 April 2010
HARI : Rabu
MASA : 3.30 petang - 5.30 petang

TEMPAT : Padang Sekolah

OBJEKTIF
  • Sebagai tempat beradu kekuatan dangan cara yang betul dan sihat.
  • Mewujudkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Mewujudkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar sekolah.
  • Mewujudkan warga sekolah yang cemerlang dalam aktiviti kesukanan.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti membawa bola menggunakan kayu hoki.


Gelagat pelajar sewaktu pertandingan sukaneka.


Pelajar bersedia menunggu giliran untuk aktiviti sukaneka.


Aktiviti yang dijalankan dapat mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar.


Cikgu Siti Khawa, bertugas menguruskan peserta mengikut rumah sukan.


Cikgu Suthagar juga tidak ketinggalan mengambil peluang bergambar bersama pelajar.


Guru pagi iaitu Cikgu Azzizi, Cikgu Zafli dan Cikgu Najib juga turut hadir memeriahkan sukaneka sekolah.


Pelajar tahun dua menunggu arahan daripada pengadil pertandingan.


Pelajar sekolah bertungkus lumus menjalani acara sukaneka yang dipertandingkan.


Ibu bapa juga turut hadir memeriahkan lagi sukaneka sekolah.


Puan Rosita, Penyelia Petang menyerahkan medal kemenangan kepada pelajar mengikut rumah sukan.


En. Tan Liong An, Guru Penolong Kanan Kokurikulum turut menyerahkan medal kemenangan kepada peserta sukaneka.


Puan Yeoh Mee Ee, Guru Besar menyampaikan medal kepada pelajar yang telah memenangi acara sukaneka.

Friday, April 16, 2010

SEMINAR I AM A CHAMPION

TARIKH : 15 April 2010
HARI : Khamis
MASA : 8.00 pagi - 5.30 petang

TEMPAT : Dewan Sekolah

OBJEKTIF:

  • Menyemai nilai-nilai seorang juara di dalam diri setiap pelajar.
  • Menanam pemikiran yang positif yang dapat membantu pelajar menjadi seorang juara.
  • Mewujudkan semangat juang yang tinggi yang dapat membantu keinginan untuk berjaya.
  • Mewujudkan kepercayaan dan keyakinan diri yang tinggi dalam diri pelajar.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Antara fasilitator yang bertugas semasa seminar I Am A Champion.


Seminar yang dijalankan memang sangat menarik dan menyebabkan para pelajar sentiasa memberikan perhatian penuh kepada fasilitator.


Gelagat pelajar semasa menjalankan aktiviti.


Antara pelajar yang hadir dan mendengar seminar yang disampaikan dengan teliti.


Semua pelajar duduk di atas kerusi demi keselesaan para pelajar.


Makanan dan minuman disediakan kepada semua pelajar.


Air mineral diberikan kepada semua pelajar.


Walaupun penat, namun masih sempat bergaya dihadapan kamera.

Thursday, April 8, 2010

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6-BAHASA INGGERIS

TARIKH : 7 April 2010
HARI : Rabu
MASA : 8.00 pagi - 10.00 pagi

TEMPAT : Dewan Sekolah

OBJEKTIF

  • Melatih pelajar bersedia untuk menghadapi UPSR tahun 2010.
  • Membuat persiapan secara fizikal dan mental terhadap pelajar agar dapat mengaplikasikannya semasa menghadapi UPSR.
  • Sebagai panduan kepada para pelajar mengenai cara-cara untuk menjawab kertas soalan dengan baik dan tepat dan mengikut kehendak pemeriksa.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Siapakah dalam kalangan pelajar tahun 6 ini yang akan mendapat keputusan cemerlang UPSR tahun 2010?


Penggunaan peralatan ICT sememangnya menyeluruh dalam Program Motivasi ini.


Cikgu Siti Azura memberikan taklimat kepada semua pelajar bagaimana cara menjawab soalan UPSR dengan baik.


Cikgu Susan, Cikgu Saraswathy dan Cikgu Azizzi juga tidak melepaskan peluang menimba ilmu yang disampaikan.


Pelajar didedahkan dengan contoh-contoh soalan peperiksaan UPSR sebenar tahun-tahun sebelum ini.

Tuesday, April 6, 2010

PROGRAM 3K - KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN

TARIKH : 5 April 2010 - 7 April 2010
HARI : Isnin - Rabu
MASA : 8.55 pagi - 9.25 pagi
(Sesi pagi) 2.00 petang - 3.00 petang (Sesi petang)
TEMPAT : Kantin Sekolah

OBJEKTIF
  • Membudayakan semangat mencintai kebersihan dalam kalangan pelajar.
  • Memastikan persekitaran sekolah bersih dan selamat.
  • Menanam sikap sayangi diri, rakan dan sekolah.
  • Melahirkan warga sekolah yang bersih dari segi fizikal dan mental.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

Cikgu Hisyam memberikan taklimat kepada semua pelajar sesi petang.


Tunjuk cara oleh beberapa orang pelajar langkah mencuci tangan dengan betul.


Puan Rosita, Penyelia Petang turut serta mendengar taklimat yang disampaikan.


Semua pelajar yang terlibat sentiasa tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Hisyam.


Guru Tahun 1 yang sentiasa menyokong perlaksaaan aktiviti yang dijalankan disekolah. Kelihatan Puan Yeoh Mee Ee, Guru Besar turut mendengar taklimat daripada Cikgu Hisyam.


Pelajar diberi peluang mencuci tangan dengan langkah yang telah ditunjukkan.


Cikgu Hisyam memantau pelajar sewaktu mencuci tangan.


Puan Celine, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula memberikan taklimat bagaimana mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian kepada pelajar sesi pagi.


Sebilangan pelajar sesi pagi yang mengikuti taklimat daripada Puan Celine.


Wajah-wajah ceria pelajar yang sentiasa mengamalkan kebersihan.